Skip to content

Seksyen 3

Kuasa bagi menghendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan

of Akta Orang-Orang Papa 1977

ActIn forceProvision 3 of 15
Seksyen 3
(1)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan dan yang bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat boleh mengambil ke dalam jagaannya mana-mana orang papa dan mengemukakan orang itu ke hadapan seseorang

Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam:

Dengan syarat bahawa jika orang papa itu tidak mahu diambil atau memberikan apa-apa tentangan kepada pegawai yang disebut dalam subseksyen ini, pegawai itu boleh meminta mana-mana pegawai polis untuk membantu menjalankan kuasanya, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis untuk mematuhi permintaan itu.

Orang-Orang Papa 7

(2)

Jika Majistret itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dibawa ke hadapannya itu ialah orang papa, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dimasukkan sementara ke dalam suatu rumah kebajikan sementara menunggu suatu laporan oleh pegawai kebajikan masyarakat.

(3)

Laporan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh orang itu dimasukkan ke dalam suatu rumah kebajikan.

(4)

Seseorang Majistret dalam Kamar jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat bahawa orang itu seorang orang papa, boleh dengan waran yang ditandatangani sendiri olehnya memerintahkan supaya orang itu tinggal dalam suatu rumah kebajikan selama tempoh yang tidak boleh melebihi tiga tahun:

Dengan syarat bahawa seseorang Majistret dalam Kamar boleh, jika berpuas hati daripada suatu laporan yang diberikan oleh seseorang pegawai kebajikan masyarakat, melanjutkan Perintah itu selama suatu tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut dan tempoh itu tidak boleh melebihi tiga tahun.

(5)

Penguasa rumah kebajikan itu hendaklah menjaga orang papa yang telah dimasukkan sementara atau yang telah diperintahkan supaya tinggal dalam suatu rumah kebajikan.

(6)

Seksyen ini tidak terpakai bagi seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun.