Dewan Bahasa dan Pustaka Act 1959 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV
27. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:
menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan surat cara dari apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga atau mana-mana perbadanan;
menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pengkhidmat Lembaga;
menetapkan hal keadaan dalam mana anggota Lembaga dan pegawai dan pekhidmat Lembaga boleh menerima elaun perjalanan dan elaun hidup dan menetapkan kadar elaun itu;
mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh
Lembaga;
mengadakan tatacara bagi mengawal dan mengurus
Kumpulan Wang; dan
amnya bagi menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah peruntukan Akta ini.