Skip to content

Seksyen 25

of Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959

ActIn forceProvision 37 of 41

Seksyen 25

(1)

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh haribulan April dalam tiap-tiap satu tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan berkenaan dengan aktiviti Lembaga dalam masa tahun kewangan yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(2)

Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan dalam Dewan Rakyat.