Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat (Pemerbadanan) 1948.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (Perbadanan) 1948 is Malaysia Act, cited as Act 529 1948, currently marked in force and first recorded in 1948.
MALAYSIA
VERSI DALAM TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 529
AKTA KETUA PENGARAH
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Director General of Social
Welfare (Incorporation) Act 1948. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1)
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat …
…
…
1948 (Ordinan No. 22 tahun 1948)
Disemak … … …
…
…
…
1994 (Akta 529 m.b.p.
Disember 1994)
3
Akta 529
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat (Pemerbadanan) 1948.
Pemerbadanan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan kuasa perbadanan
Pegawai yang pada masa ini menunaikan kewajipan Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat, Malaysia, dan pengganti dalam jawatannya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan di bawah nama “Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia”
(kemudian daripada ini disebut “perbadanan”).
Perbadanan boleh membuat kontrak dan membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya tersebut dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang disifatkan patut oleh perbadanan, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 529 A perkataan “Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia”
bolehlah digunakan sebagai meterai perbadanan.
Perbadanan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan, menggadaikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan cara lain melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak pada perbadanan atas apa-apa terma yang disifatkan patut oleh perbadanan.
Penyempurnaan dokumen
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang pada masa ini menunaikan kewajipan jawatan
Ketua
Pengarah
Kebajikan
Masyarakat, Malaysia, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi perbadanan.
Pemberitahuan menjadi keterangan konklusif pelantikan
Suatu pemberitahuan dalam
Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang atau memangku jawatan Ketua
Pengarah Kebajikan Masyarakat, Malaysia, hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya.
7
Akta 529
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
8
Akta 529
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.