Skip to content

Seksyen 3

Penyempurnaan dokumen

of Akta Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (Perbadanan) 1948

ActIn forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang pada masa ini menunaikan kewajipan jawatan

Ketua

Pengarah

Kebajikan

Masyarakat, Malaysia, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai yang sah bagi perbadanan.

Pemberitahuan menjadi keterangan konklusif pelantikan