Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

ActIn forceProvision 2 of 43
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahagian pilihan raya” ertinya sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud sesuatu pilihan raya;

“berhak” ertinya berhak menurut atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya;

“dibenarkan” ertinya dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya;

“ejen pilihan raya” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 12

oleh seseorang calon untuk pilihan raya sebagai ejennya untuk pilihan raya itu;

“Hakim Pilihan Raya” ertinya Hakim Besar atau mana-mana

Hakim yang dinamakan oleh Hakim Besar di bawah seksyen 33;

“hari mengundi”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh, yang mungkin berlanjutan selama satu hari atau lebih, yang bermula dari permulaan hari pemungutan undi dalam pilihan raya itu dijadualkan untuk dimulakan dan yang berakhir pada masa pengisytiharan keputusan pilihan raya itu oleh pegawai pengurus;

“pasukan penguat kuasa” ertinya pasukan penguat kuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 27b;

“pegawai pengurus” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19];

“pegawai yang hak” ertinya pegawai atau orang yang dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya untuk menjaga atau untuk menguruskan perjalanan pilihan raya itu;

“pilihan raya” ertinya sesuatu pilihan raya yang diadakan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang sebagai ahli Dewan Rakyat,

Dewan Undangan Negeri atau pihak berkuasa tempatan;

Kesalahan Pilihan Raya 9

“tempoh berkempen”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi.

(2)

Apa-apa perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam

Akta ini, yang ertinya ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, hendaklah mempunyai erti yang sama dalam Akta ini, bagi maksud dan berkenaan dengan pilihan raya itu, seperti yang dipunyainya dalam undang-undang bertulis yang tersebut itu;

dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana orang atau pegawai hendaklah, bagi maksud dan berkenaan dengan mana-mana pilihan raya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai mana-mana orang atau pegawai yang setaraf yang dilantik di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pilihan raya itu.