Skip to content

Seksyen 31

of Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

ActIn forceProvision 32 of 43

Seksyen 31

(1)

Pemilihan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya terbatal oleh sebab sabitannya atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya itu.

(2)

Dalam masa empat belas hari dari tarikh seseorang calon disabitkan oleh Mahkamah Sesyen atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam sesuatu pilihan raya, Hakim Mahkamah Sesyen itu atau Pendaftar Mahkamah

Sesyen itu hendaklah membuat perakuan mengenai keputusan

Mahkamah itu—

(a)

kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Kerajaan

Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang

Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau

(b)

dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa

Negeri.