Skip to content

Seksyen 6

Kesalahan terhadap Bahagian ini

of Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

ActIn forceProvision 6 of 43
Seksyen 6
(1)

Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 5

(2)

Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

(3)

Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu.

(4)

Pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Bahagian ini tidak boleh dimulakan tanpa sanksi Pendakwa Raya.