Skip to content

Seksyen 3

Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan memberikan maklumat tertentu

of Akta Maklumat Pekerjaan 1953

ActIn forceProvision 3 of 7
Seksyen 3

(a)

bilangan orang yang diambil bekerja olehnya pada masa itu dan umur dan jantina setiap orang itu;

6

Undang-Undang Malaysia

(b)

terma kontrak antaranya dengan setiap orang itu;

(c)

waktu yang setiap orang itu dikehendaki bekerja dan waktu sebenarnya dia bekerja, dan cuti, hari kelepasan dan waktu rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;

(d)

jenis kerja yang dilakukan oleh setiap orang itu untuknya;

(e)

struktur upah, mengikut pekerjaan;

(f)

kelayakan dan pengalaman yang dikehendaki bagi setiap pekerjaan;

(g)

peluang kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi;

(h)

perihalan kerja setiap pekerjaan;

(i)

waktu biasa kerja dan waktu sebenarnya bekerja, mengikut pekerjaan;

(j)

cuti bergaji dan cuti tanpa gaji, hari kelepasan dan waktu rehat;

(k)

jumlah pendapatan termasuk upah, elaun, lebih masa, bonus dan faedah kewangan lain; bayaran bukan dalam bentuk wang bagi setiap orang yang diambil bekerja; dan

(l)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua

Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini.

(2)

Pernyataan bertulis yang dikehendaki oleh subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dalam apa-apa bentuk dan, tertakluk kepada subseksyen (1), hendaklah mengandungi apa-apa butir yang dinyatakan oleh pegawai diberi kuasa;

(b)

hendaklah ditandatangani oleh majikan yang dikehendaki membuatnya, yang hendaklah memperaku bahawa pernyataan bertulis itu, sepanjang pengetahuannya, tepat dalam tiap-tiap butir; dan

(c)

hendaklah diserahkan melalui pos atau selainnya kepada pegawai diberi kuasa dalam masa empat puluh dua hari dari tarikh notis yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen (1):

Dengan syarat bahawa, jika majikan meminta sedemikian, pegawai diberi kuasa boleh memberi apa-apa tempoh yang lebih daripada

Maklumat Pekerjaan 7

empat puluh dua hari bagi penyerahan pernyataan bertulis itu sebagaimana yang didapati munasabah oleh pegawai diberi kuasa itu.