Seksyen 4
Pegawai diberi kuasa boleh memasuki premis untuk membuat siasatan
of Employment Information Act 1953
Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana tempat atau premis pekerjaan yang seorang atau lebih daripada seorang bekerja atau yang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seorang atau lebih daripada seorang bekerja:
Dengan syarat bahawa pegawai diberi kuasa semasa memasuki tempat atau premis pekerjaan itu hendaklah memberitahu majikan orang itu, atau, jika majikannya tidak ada, mana-mana orang yang berupa sebagai mewakilinya, tentang kemasukan itu.
(2)
Pegawai diberi kuasa boleh mengemukakan soalan mengenai—
(a)
bilangan orang yang pada masa ini bekerja di tempat atau premis itu dan umur dan jantina setiap orang itu;
(b)
terma kontrak antara setiap orang itu dan majikannya;
(c)
waktu setiap orang itu dikehendaki bekerja dan waktu sebenarnya dia bekerja dan cuti, hari kelepasan dan waktu rehat yang dibenarkan bagi setiap orang itu;
(d)
jenis kerja yang dilakukan oleh setiap orang itu; dan
(e)
apa-apa perkara lain berhubungan dengan terma dan syarat perkhidmatan orang itu, kepada majikan orang itu, atau kepada mana-mana orang yang mungkin menjaga orang itu atau kepada orang itu, atau kepada mana-mana orang lain yang dipercayainya mempunyai apa-apa maklumat yang relevan; dan tiap-tiap orang yang disoal sedemikian adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar setakat yang termampu olehnya.
(3)
Pegawai diberi kuasa boleh menghendaki majikan itu mengemukakan di hadapannya di tempat pekerjaan itu semua atau mana-mana orang yang pada masa itu bekerja untuknya bersama
8
Undang-Undang Malaysia dengan apa-apa kontrak bertulis atau dokumen lain berhubungan dengan syarat perkhidmatan orang itu dan menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengannya yang difikirkannya wajar untuk ditanya.