Skip to content

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 45

of Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026

Amendment ActIn forceProvision 11 of 17
Seksyen 11

bahagian yang berikut:

“Bahagian VIa

PERKHIDMATAN PEKERJAAN

Pemakaian Bahagian ini 45a.

Walau apa pun subseksyen 2(2), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang.

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

7

Tafsiran 45b.  Bagi maksud Bahagian ini, “pembrokeran pekerjaan”

ertinya perkhidmatan untuk membantu mana-mana orang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan untuk membantu majikan untuk mendapatkan pekerja yang sesuai.

Perkhidmatan pekerjaan 45 c.  Pertubuhan boleh mengadakan perkhidmatan pekerjaan yang berikut kepada mana-mana orang mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan:

(a)

menjalankan pembrokeran pekerjaan termasuk pengiklanan, pemadanan kerja, kaunseling kerja dan nasihat kerjaya; dan

(b)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang berhubungan dengan perkhidmatan pekerjaan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan.

Pelantikan ejen pekerjaan 45d.  Pertubuhan boleh melantik mana-mana orang yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981

[Akta 246] sebagai ejen pekerjaan bagi maksud pembrokeran pekerjaan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Pendaftaran perkhidmatan pekerjaan 45e.  (1)  Pertubuhan boleh mendaftarkan mana-mana orang yang telah mencapai umur lapan belas tahun bagi maksud perkhidmatan pekerjaan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), mana-mana orang boleh mendaftarkan dirinya dengan Pertubuhan bagi maksud perkhidmatan pekerjaan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1796

Kewajipan majikan memberitahu kekosongan jawatan dan jawatan baharu 45f.  (1)  Bagi maksud pembrokeran pekerjaan, tiap-tiap majikan hendaklah memberitahu Pertubuhan secara bertulis tentang kekosongan jawatan atau jawatan baharu sebelum pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu.

(2)

Pertubuhan boleh memperoleh, menggunakan atau mengiklankan maklumat apa-apa kekosongan jawatan atau jawatan baharu yang diperoleh melalui surat khabar, penerbitan, radio, televisyen atau apa-apa bentuk komunikasi massa lain, termasuk platform elektronik atau digital, mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Jika kekosongan jawatan atau jawatan baharu telah diisi, majikan hendaklah memberitahu Pertubuhan secara bertulis mengenai hakikat itu dalam tempoh tujuh hari selepas kekosongan jawatan atau jawatan baharu itu diisi.

(4)

Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit;

(b)

bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit; dan

(c)

bagi kesalahan ketiga atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Bahagian VIb

PASARAN BURUH YANG AKTIF

Pemakaian Bahagian ini 45g.  Walau apa pun subseksyen 2(2), Bahagian ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang.

Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan)

9

Pelaksanaan program, dsb., pasaran buruh yang aktif 45h.  (1)  Pertubuhan boleh melaksanakan apa-apa program, skim, langkah atau bantuan kewangan yang berhubungan dengan pasaran buruh yang aktif jika diarahkan oleh Kerajaan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Pertubuhan tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan daripada Kumpulan Wang bagi program, skim, langkah atau bantuan kewangan yang dilaksanakan itu.”.