Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 81
of Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026
seksyen yang berikut:
“Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 81a. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pertubuhan, Pengerusi Lembaga,
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota
Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau yang ditinggalkan olehnya dalam masa menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.
Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 81b. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pertubuhan, Pengerusi Lembaga,
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, mana-mana anggota
Lembaga, Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 9, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukannya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.”.
Pindaan Jadual Ketiga