Seksyen 2
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bahan letupan" ertinya serbuk letupan, nitrogliserina, dinamit, kapas letupan, serbuk peledak, fulminat merkuri atau logam-logam lain, api berwarna, dan tiap-tiap benda lain yang digunakan atau dikilang bagi maksud menghasilkan suatu efek praktikal melalui letupan atau suatu efek piroteknik dan termasuklah alat isyarat kabus, bunga api, fius, roket, kap letupan, peletus, kertus, segala jenis amunisi, dan tiap-tiap padanan atau sediaan sesuatu bahan letupan, apa-apa benda bagi membuat sesuatu bahan letupan dan apa-apa radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian sesuatu radas, mesin atau alat sedemikian;
AKTA 207
"Ketua Pegawai Polis" termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa mengawal Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri;
"mengilang" termasuklah menyediakan mana-mana bahagian komponen bahan letupan, mencampur atau dengan cara lain mengolah bahan itu, memecah atau merombak sesuatu bahan letupan, atau menjadikan sesuatu bahan letupan yang rosak sesuai digunakan atau memproses apa-apa bahan atau benda dengan tujuan menyebabkan letupan atau penyepaian, dan proses membuat semula, mengubah atau membaiki sesuatu bahan letupan;
"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan menurut seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan meliputi Wilayah Persekutuan;
"pegawai kanan polis" ertinya pegawai polis yang berpangkat daripada dan termasuk Ketua Polis Negara ke bawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa;
"Pegawai Penjaga Daerah Polis" dan "pegawai polis" hendaklah mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Polis 1967.