Seksyen 26
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
bagi mengawal atau melarang, kecuali di bawah atau mengikut peruntukan-peruntukan atau syarat-syarat sesuatu lesen yang diberi di bawah Akta ini, pengilangan, pemilikan, penggunaan, penjualan, penstoran, pengangkutan, pengimportan atau pengeksportan bahan-bahan letupan atau mana-mana kelas tertentunya;
(b)
bagi menetapkan fee yang hendak dikenakan untuk sesuatu lesen dan jumlah wang lain (jika ada) yang kena dibayar oleh pemohon bagi belanja mendapatkan lesen;
(c)
bagi mengawal cara bagaimana permohonan untuk mendapatkan lesen hendak dibuat dan perkara-perkara yang hendak dinyatakan dalam permohonan itu;
(d)
bagi mengawal syarat-syarat dan sekatan-sekatan ke atas mana dan tertakluk kepada mana lesen-lesen boleh diberi, alasan-alasan atas mana lesen-lesen boleh digantung atau dibatalkan dan tempoh bagi sesuatu lesen akan terus berkuatkuasa;
(e)
bagi mengecualikan, sama ada dengan mutlaknya atau tertakluk kepada syarat-syarat, manamana bahan letupan atau kelas bahan letupan tertentu daripada kuatkuasa peraturan-peraturan itu;
(f)
bagi memberi kuasa kepada mana-mana pegawai, sama ada dengan nama atau jawatan—
(i)
untuk memasuki, memeriksa dan meneliti mana-mana tempat, kereta, vesel atau pesawat udara di mana sesuatu bahan letupan sedang dikilang, dimiliki, diguna, dijual, distor, diangkut, diimport atau dieksport di bawah sesuatu lesen yang diberi di bawah Akta ini atau yang dia mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa sesuatu bahan letupan telah distor, diangkut, diimport atau dieksport dengan melanggari Akta ini atau dengan manamana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(ii)
untuk menggeledah bahan letupan di situ;
(iii)
untuk mengambil sampel apa-apa bahan letupan yang dijumpai di situ; dan
(iv)
untuk mensita, menahan, memindah, dan, jika perlu, memusnahkan apa-apa bahan letupan yang dijumpai di situ;
(h)
bagi menetapkan fee yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa perkara yang mana peruntukan dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan untuk mengarahkan oleh siapa fee itu akan dibayar;
(g)
bagi menetapkan dan mengawal ujian-ujian yang boleh atau hendak dikenakan kepada pelbagai kelas atau sesuatu kelas tertentu bahan letupan sebelum sesuatu lesen diberi bagi mengilang, memilik, mengguna, menjual, menstor, mengangkut, mengimport atau mengeksport bahan-bahan letupan itu;
(i)
bagi mengenakan penalti ke atas semua orang yang mengilang, memilik, mengguna, menjual, menstor, mengangkut, mengimport atau mengeksport bahan letupan melanggari dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau melanggari mana-mana peraturan lain yang dibuat di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa penalti maksimum yang boleh dikenakan oleh sesuatu peraturan sedemikian hendaklah tidak lebih daripada—
(i)
berkenaan dengan seseorang yang mengilang, mengimport atau mengeksport sesuatu bahan letupan, penjara selama tiga tahun atau denda sebanyak lima ribu ringgit atau kedua-duanya;
(ii)
berkenaan dengan seseorang yang memiliki, mengguna, menstor atau mengangkut sesuatu bahan letupan, penjara selama dua tahun atau denda sebanyak dua ribu ringgit atau kedua-duanya;
(iii)
berkenaan dengan seseorang yang menjual bahan letupan, penjara selama satu tahun atau denda sebanyak satu ribu ringgit atau kedua-duanya; dan
(iv)
berkenaan dengan apa-apa hal lain, denda sebanyak lima ratus ringgit;
(j)
secara am mengadakan peruntukan bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini.