Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Extended Credit Act 1966

Feedback & supportRaising loans abroad by receiving goods or services on delayed payment

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kredit Lanjutan 1966.

s 2Tafsiran

Bagi maksud Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“perkiraan kredit lanjutan” ertinya suatu perkiraan di mana satu pihak kepada perkiraan itu menerima barang atau perkhidmatan daripada pihak lain dan dibenarkan di bawah terma-terma perkiraan itu untuk menangguhkan pembayaran harga barang yang diterima sedemikian dan nilai perkhidmatan yang diberi bersama dengan bunga ke atasnya (jika ada) ke tarikh di masa depan.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 405

s 3Kuasa Menteri untuk membuat perkiraan kredit lanjutan

(1)

Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini,

Menteri bolah dari semasa ke semasa bagi maksud Kumpulan Wang

Pembangunan atau bagi satu atau lebih daripada maksud itu membuat perkiraan kredit lanjutan di luar Malaysia dan boleh, bagi maksud memberi kesan kepada terma-terma mana-mana perkiraan kredit lanjutan yang dibuat itu—

(a)

mengeluarkan bon, nota janji hutang atau surat cara lain atas terma dan syarat mengenai pembayaran balik, penebusan atau perkara lain (termasuk peruntukan untuk kumpulan wang penjelas) sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri; dan

(b)

dari semasa ke semasa membayar dengan cara ansuran harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi dan bunga yang boleh dikenakan ke atasnya mengikut perkiraan kredit lanjutan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen 2

*Ordinan Kumpulan Wang

Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958], harga barang yang diterima atau nilai perkhidmatan yang diberi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah dikira sebagai wang.

(3)

Harga barang yang diterima dan nilai perkhidmatan yang diberi di bawah terma perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah boleh pada agregatnya melebihi jumlah wang yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan perintah sedemikian hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas penyiarannya dibentangkan oleh Menteri di hadapan Dewan Rakyat.

*CATATAN–Ordinan Kumpulan Wang Pembangunan 1958 [Ord. 18 tahun 1958] telah dimansuhkan oleh Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406]-lihat seksyen 10 Akta 406.

Kredit Lanjutan 7

(3A)

Mana-mana perjanjian yang dimasuki berkenaan dengan perjanjian lanjutan kredit di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah nama Persekutuan dan boleh ditandatangani bagi pihak Persekutuan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa padanya secara bertulis oleh

Menteri.

(4)

Apa-apa perjanjian yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perkiraan kredit lanjutan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Malaysia oleh Menteri atau mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian secara bertulis oleh Menteri.

(1)

Tertakluk kepada Akta ini tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain yang sedia ada, apa-apa perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen 3

dan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perkiraan sedemikian dan apa-apa gerenti atau aku janji yang diberi berkenaan dengan mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian oleh Menteri adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dalam Malaysia mengikut terma-termanya masing-masing.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan cukai pendapatan atau duti setem masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu untuk memberi kesan penuh dan sempurna kepada mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau gerenti itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 405

(b)

memberi pengecualian daripada kawalan pertukaran sebagaimana dia fikirkan perlu terhadap mana-mana transaksi yang dikehendaki untuk memberi kesan kepada pembayaran mana-mana jumlah wang mengikut terma-terma mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau garenti itu walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran.

9

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A185

Akta Kredit Lanjutan

(Pindaan) 1973

30-03-1973

Akta A477

Akta Pinjaman

(Tempatan) Luar

Negeri dan Kredit

Lanjutan (Pindaan) 1980

01-02-1980

10

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A185 30-03-1973

Akta A477 01-02-1980