Skip to content

Seksyen 4

Pelaksanaan obligasi di bawah mana-mana perkiraan kredit lanjutan

of Akta Kredit Lanjutan 1966

ActIn forceProvision 4 of 4
Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada Akta ini tetapi walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang lain yang sedia ada, apa-apa perkiraan kredit lanjutan yang dibuat di bawah seksyen 3

dan apa-apa bon, nota janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut perkiraan sedemikian dan apa-apa gerenti atau aku janji yang diberi berkenaan dengan mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang atau surat cara sedemikian oleh Menteri adalah sah dan boleh dikuatkuasakan dan mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh dalam Malaysia mengikut terma-termanya masing-masing.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

memperuntukkan bahawa apa-apa cukai atau duti yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan cukai pendapatan atau duti setem masing-masingnya hendaklah diremitkan jika remitan itu perlu untuk memberi kesan penuh dan sempurna kepada mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau gerenti itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 405

(b)

memberi pengecualian daripada kawalan pertukaran sebagaimana dia fikirkan perlu terhadap mana-mana transaksi yang dikehendaki untuk memberi kesan kepada pembayaran mana-mana jumlah wang mengikut terma-terma mana-mana perkiraan, bon, nota janji hutang, surat cara atau garenti itu walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kawalan pertukaran.

9

Akta 405

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A185

Akta Kredit Lanjutan

(Pindaan) 1973

30-03-1973

Akta A477

Akta Pinjaman

(Tempatan) Luar

Negeri dan Kredit

Lanjutan (Pindaan) 1980

01-02-1980

10

Akta 405

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta A185 30-03-1973

Akta A477 01-02-1980