Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2013Read it in English

Act of Parliament

Akta Jalan Persekutuan 1959

Feedback & supportDeclaring federal roads, bridges, ferries and other routes

In plain English

Not legal advice

This Act deals with declaring federal roads, bridges, ferries and other means of communication. It applies throughout Malaysia.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan Persekutuan 1959.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

s 2Section 2

(Dimansuhkan).

s 3Kuasa untuk mengisytiharkan jalan, dll. sebagai persekutuan

Menteri boleh, setelah berunding dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan, melalui perintah mengisytiharkan mana-mana jalan, jambatan, feri atau cara-cara lain perhubungan dalam mana-mana

Negeri sebagai Persekutuan.

s 4Perintah hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat

Apa-apa perintah di bawah seksyen 3 hendaklah disiarkan dalam

Warta dan, hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu, dibentangkan di Dewan Rakyat, dan jika, dalam persidangan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 376

Dewan Rakyat yang berikutnya selepas apa-apa perintah sedemikian dibentangkan, suatu ketetapan diluluskan bagi membatalkan perintah itu atau mana-mana bahagiannya, perintah itu atau mana-mana bahagian daripadanya hendaklah, tanpa menjejaskan keesahan apa-apa jua yang dilakukan terdahulu di bawahnya, terbatal mulai dari tarikh pemberitahuan dalam Warta berkenaan dengan kelulusan ketetapan itu.

s 5Kecualian

Jalan, jambatan dan feri yang dinyatakan atau yang disebut dalam pengisytiharan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi pada 14 Ogos 1957, menurut Butiran 91 Jadual Kedua Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu 1948, dan disiarkan sebagai Pemberitahuan Undang-Undang 339 tahun 1957, adalah dengan ini diisytiharkan sebagai persekutuan, dan pengisytiharan itu hendaklah, bagi maksud pindaan, pengubahan atau pembatalannya, disifatkan sebagai suatu perintah yang dibuat dengan sempurnanya di bawah seksyen 3 dan 4.

7

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A627

Akta Jalan Persekutuan (Pindaan)

1985

13-09-1985

P.U. (A) 227/1986

Perintah Ordinan Jalan Persekutuan

(Perluasan ke Sabah dan Sarawak)

1986

01-04-1986

8

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A627 13-09-1985