Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian IV · Spesifikasi Makanan Haiwan dan Syarat bagi Penyimpanan, Penstoran, Pembungkusan, Pelabelan dan Pengangkutan yang Sepatutnya

18. Pematuhan syarat-syarat bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan yang sepatutnya

Feedback & support
(1)

Semua makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang disimpan, distor, dibungkus, dilabel atau diangkut hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan bagi penyimpanan, penstoran, pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan yang sepatutnya bagi makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 20

Report

Bahagian V

Kawalan Penggunaan Antibiotik, Hormon dan Bahan Kimia Lain

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII