Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian IV · Spesifikasi Makanan Haiwan dan Syarat bagi Penyimpanan, Penstoran, Pembungkusan, Pelabelan dan Pengangkutan yang Sepatutnya
17. Pematuhan spesifikasi
Feedback & supportSemua makanan haiwan yang diimport, dibuat, diedarkan, dimiliki, dijual atau digunakan untuk diberi makan kepada haiwan hendaklah mematuhi spesifikasi makanan haiwan yang ditetapkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.