Seksyen 20
ActIn forceProvision 20 of 54
Seksyen 20
(1)
Tiada seorang pun boleh memiliki apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan yang mengandungi antibiotik, hormon atau bahan kimia lain yang pencampurannya tidak dibenarkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.