Skip to content

Seksyen 48

Penyata kepada Ketua Pengarah

of Akta Kewangan 2009

ActIn forceProvision 49 of 74
Seksyen 48
(1)

Walaupun tiada dividen dibayar oleh suatu syarikat menurut subseksyen 40(1) Akta Kewangan 2007 syarikat itu hendaklah, dalam masa tujuh bulan berikutan dengan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas syarikat itu bagi tahun taksiran 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 atau 2014 (jika terpakai), mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata dalam borang yang ditetapkan yang mengandungi butir-butir yang dikehendaki bagi maksud menentukan baki 108 atau baki 108

tersemak, atau mana-mana lebihan di bawah seksyen 48 Akta

Kewangan 2007 atau seksyen 49 pada akhir tempoh asas itu.

(2)

Kegagalan syarikat itu untuk mematuhi subseksyen (1)

merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 120(1) Akta ibu.

(3)

Suatu penyata di bawah seksyen ini bolehlah dikemukakan kepada Ketua Pengarah mengikut seksyen 152a Akta ibu.

(4)

Jika berhubung dengan tahun taksiran 2008, 2009, 2010,

2011, 2012, 2013 atau 2014 suatu syarikat tidak mengemukakan penyata mengikut seksyen ini atau seksyen 45 Akta Kewangan 2007

Ketua Pengarah boleh mengira amaun lebihan yang disebut dalam seksyen 48 Akta Kewangan 2007 atau seksyen 49 dan hendaklah menyerahkan kepada syarikat itu satu rekuisisi bertulis dalam borang yang ditetapkan meminta syarikat itu membayar amaun yang bersamaan dengan lebihan itu dan amaun yang dinaikkan tidak melebihi amaun yang bersamaan dengan lebihan itu, dan amaun yang bersamaan dengan lebihan itu dan kenaikan amaun itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah apabila rekuisisi itu disampaikan.

(5)

Apa-apa hutang yang genap masa di bawah seksyen ini hendaklah boleh dituntut seolah-olah ia adalah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ibu.