Seksyen 49
Amaun lebihan baki 108
Jika amaun cukai yang dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik di bawah seksyen 46 Akta Kewangan 2007 melebihi baki 108 atau baki 108 tersemak, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Kewangan 39
lebihan itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah kena dibayar pada hari terakhir pada bulan ketujuh (dalam seksyen ini disebut “tarikh kena dibayar”) dari tarikh yang berikutan dengan penutupan tempoh perakaunan syarikat itu yang baginya cukai itu dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik.
(2)
Jika apa-apa amaun yang terhutang dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar pada tarikh kena dibayar, amaun hutang yang tidak dibayar itu hendaklah, tanpa apa-apa notis selanjutnya disampaikan, dinaikkan dengan suatu amaun yang bersamaan dengan sepuluh peratus hutang yang tidak dibayar itu, dan amaun yang tidak dibayar itu dan kenaikan atas amaun yang tidak dibayar itu hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah kena dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah.
(3)
Seksyen ini hendaklah terpakai jika tiada dividen dibayar menurut seksyen 40 Akta Kewangan 2007.
(4)
Seksyen ini hendaklah terpakai walaupun syarikat itu telah melaksanakan opsyen yang tidak boleh batal di bawah seksyen 50 Akta Kewangan 2007.
(5)
Apa-apa hutang yang genap masa di bawah seksyen ini hendaklah boleh dituntut seolah-olah ia adalah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ibu.
Tolakan bagi cukai yang dipotong