Skip to content

Seksyen 13

Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 44A

of Akta Kewangan 2018

ActIn forceProvision 14 of 30
Seksyen 13

Walau apa pun subseksyen 44A (1) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini, suatu syarikat penyerah boleh menyerahkan kerugian larasannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran mengikut subseksyen itu bagi tempoh asas —

(a)

tahun taksiran 2019, berhubung dengan suatu syarikat penyerah yang pertama kali memulakan operasinya dalam tahun taksiran 2015;

(b)

tahun taksiran 2019 dan 2020, berhubung dengan suatu syarikat penyerah yang pertama kali memulakan operasinya dalam tahun taksiran 2016; dan

(c)

tahun taksiran 2019, 2020 dan 2021, berhubung dengan suatu

Kewangan 17

syarikat penyerah yang pertama kali memulakan operasinya dalam tahun taksiran 2017.