Akta Kewangan 2018 · Updated to 1 Jun 2023 · Bahagian VI · Bahagian VI Akta ibu dipinda dalam tajuk, dengan menggantikan perkataan “DAN PEREMITAN” dengan perkataan “, PEREMITAN
95. Seksyen baharu 41A
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 41 seksyen yang berikut:
41A.
“Pemotongan cukai jualan
Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan—
apa-apa amaun cukai jualan untuk dipotong berkenaan dengan barang bercukai yang dibeli oleh mana-mana pengilang berdaftar;
56
Undang-Undang Malaysia
apa-apa syarat bagi pemotongan itu; dan
bentuk dan cara bagi pemotongan itu.
Pemotongan cukai jualan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat ke atas barang bercukai yang merupakan bahan mentah, komponen atau bahan pembungkusan yang digunakan semata-mata dalam pengilangan barang bercukai.
Jika mana-mana pengilang berdaftar yang telah membuat pemotongan di bawah subseksyen (1) tidak mematuhi apa-apa syarat yang berhubungan dengan pemotongan itu, apa-apa cukai jualan yang menjadi perkara kepada pemotongan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh pengilang berdaftar itu pada tarikh yang mana-mana syarat itu tidak dipatuhi.”.