Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2020Read it in English

Bab VI

56. Pindaan seksyen 2b

Feedback & support

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, yang disebut

“Akta ibu” dalam Bab ini, dipinda dalam seksyen 2b—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perenggan (b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b) hendaklah, bagi maksud aktiviti perniagaan

Labuan—

(i)

berhubung dengan suatu aktiviti perdagangan

Labuan—

(A)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Labuan; dan

(B)

mempunyai amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Labuan, sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(ii)

berhubung dengan suatu aktiviti bukan perdagangan Labuan—

(A)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Labuan;

(B)

mempunyai amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Labuan; dan

(C)

mematuhi apa-apa syarat berhubung dengan kawalan dan pengurusan di Labuan, sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.”; dan 40

Undang-Undang Malaysia 40

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1a) subseksyen yang berikut:

“(1b) Bagi maksud subseksyen (1a)—

(a)

keuntungan yang boleh dikenakan cukai hendaklah keuntungan bersih sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit berkenaan dengan aktiviti perniagaan

Labuan sedemikian bagi entiti Labuan itu bagi tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

seksyen 6, 6a, 6b, 6c, 6d, 8 dan 8a hendaklah terpakai, dengan pengubahsuaian yang perlu.”.

Report

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Kewangan 2012

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Kewangan 2018