Seksyen 20 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “boleh didenda” perkataan “tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Mana-mana orang yang menerima apa-apa penyata keuntungan, akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta ini, dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai pada masa dia menerimanya bahawa penyata, akuan atau maklumat itu disampaikan atau dizahirkan kepadanya dengan melanggar Akta ini, tidak boleh menggunakan penyata, akuan atau maklumat itu atau mengemukakan atau menzahirkan penyata, akuan atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
42
Undang-Undang Malaysia 42