Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian III · Pendaftaran Juruanalisis Makanan

17. Daftar

(1)

Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya disimpan dalam bentuk yang ditetapkan suatu daftar juruanalisis makanan yang hendaklah dikenali sebagai Daftar Juruanalisis Makanan

(2)

Pendaftar hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan Daftar.

(3)

Daftar hendaklah dianggap sebagai dokumen awam dalam pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

Juruanalisis Makanan 17

(4)

Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang —

(a)

didaftarkan atau tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(b)

telah didaftarkan atau tidak pada bila-bila masa didaftarkan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang disebut dalamnya.

Report