Food Analysts Act 2011 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian VI
38. Kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita dokumen, dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, memasuki mana-mana premis di mana seseorang juruanalisis makanan berdaftar sedang menjalankan amalan menganalisis makanan atau di mana terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang itu sedang menjalankan amalan menganalisis makanan dan menjalankan kuasa yang berikut:
Juruanalisis Makanan 29
memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;
jika seseorang itu menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa didaftarkan atau tanpa perakuan amalan tahunan di bawah Akta ini, menyita apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;
mengkehendaki apa-apa maklumat yang berhubungan dengan amalan itu sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa supaya diberikan kepadanya;
memeriksa apa-apa tatacara atau ujian yang dilakukan atau dijalankan oleh juruanalisis makanan, untuk memastikan pematuhan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis; dan
memeriksa, mengambil, membuat salinan, atau membuat cabutan daripada, apa-apa rekod yang dijumpai di dalam premis itu.
Mana-mana orang yang—
mengugut atau menghalang pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipan pegawai diberi kuasa itu;
enggan untuk membenarkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang;
enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, radas atau barang untuk diperiksa oleh pegawai diberi kuasa;
enggan untuk menyerahkan apa-apa dokumen, radas atau barang kepada pegawai diberi kuasa;
enggan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa; atau 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
cuba untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e), melakukan suatu kesalahan.
Jika pegawai diberi kuasa menyita dan memeterai apa-apa dokumen, radas atau barang, dia hendaklah memberikan penerimaan yang ditandatangani bagi dokumen, radas atau barang itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasa di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan kad kuasanya apabila diminta.