Food Analysts Act 2011 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian VI
Food Analysts Act 2011 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian VI
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau kesemua yang berikut:
kewajipan Pendaftar;
bentuk dan kandungan Daftar dan cara yang mengikutnya
Daftar itu hendaklah disimpan;
fi yang hendaklah dibayar di bawah Akta ini;
bentuk dan cara yang mengikutnya permohonan bagi pendaftaran dan pembaharuan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;
tatacara yang hendaklah diikuti berhubungan dengan siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
kesalahan yang boleh dikompaun; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki supaya ditetapkan oleh Akta ini atau yang perlu atau suai maanfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.