Skip to content

Seksyen 3

Perisytiharan zon bebas dan pelantikan Pihak Berkuasa

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 3 of 65
Seksyen 3
(1)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai suatu zon perdagangan bebas atau zon perindustrian bebas dan setiap pemberitahuan itu hendaklah mentakrifkan had zon itu.

(2)

Menteri boleh melantik mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan atau diwujudkan oleh atau di bawah suatu undang-undang

Persekutuan atau mana-mana jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau dengan persetujuan Negeri yang berkenaan, mana-mana badan berkanun yang ditubuhkan atau dibentuk oleh atau di bawah suatu

Zon Bebas 11

undang-undang Negeri atau mana-mana jabatan Kerajaan bagi suatu

Negeri atau mana-mana syarikat sebagai Pihak Berkuasa untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana zon bebas yang telah diisytiharkan sedemikian di bawah subseksyen (1).