Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2025Read it in English

Bahagian III · Fungsi Tertentu Pihak Berkuasa

13. Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh menghendaki

Pihak

Berkuasa untuk mengadakan dan menyenggarakan atau membenarkan dalam suatu zon bebas kemudahan yang difikirkannya perlu untuk membolehkan zon itu berfungsi dengan sepatutnya dan dengan cekap.

(2)

Menteri boleh memberi kepada Pihak Berkuasa arahan yang difikirkannya perlu untuk membolehkan suatu zon bebas berfungsi dengan sepatutnya atau bagi maksud melindungi hasil; dan Pihak

Berkuasa hendaklah mematuhi mana-mana arahan itu.

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kemudahan yang mencukupi bagi pegawai kastam yang mengikut tugas mereka dikehendaki hadir dalam atau di perimeter suatu zon bebas; dan Pihak

Berkuasa hendaklah membenarkan pejabat kastam ditubuhkan dalam suatu zon bebas─

(a)

untuk membolehkan Ketua Pengarah membuat apa-apa persediaan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjamin pengawasan yang sepatutnya, mengenai barang yang

18

Undang-Undang Malaysia dibawa keluar dari zon bebas itu; dan

(b)

bagi maksud yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi pentadbiran peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan kepungan yang mencukupi untuk mengasingkan suatu zon bebas dari kawasan utama kastam bagi perlindungan hasil dan juga peruntukan yang sesuai bagi pergerakan orang, kenderaan, vesel dan barang yang masuk atau keluar dari suatu zon bebas.

Report

Bahagian IV

Kesalahan, Penalti, Penggeledahan, Penyitaan, Tangkapan dan Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian V

Peruntukan Pelbagai

Bahagian VI

Schedules