Amendment Act · As enacted · 7 chapters
Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2016
Feedback & supportAmends the Gas Supply Act 1993Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Gas
(Pindaan) 2016.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; walau bagaimanapun Menteri boleh, melalui perintah, menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.
Seksyen 4a mula berkuat kuasa pada tarikh Akta ini disiarkan dalam Warta.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA BEKALAN GAS (PINDAAN) 2016
Undang-Undang Malaysia 4
s 2Penggantian tajuk panjang
Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:
“Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan pelesenan bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dalam pembekalan gas melalui talian paip dan perkara yang berkaitan, pembekalan gas pada harga yang munasabah, kawalan talian paip, pepasangan dan perkakas bekalan gas mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dalam pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.”.
s 3Pindaan am
Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan
“shall be guilty of” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “commits”; dan
dengan menggantikan perkataan “pepasangan”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“sistem perpaipan” kecuali bagi seksyen 2, subseksyen 12(8),
20(3) dan (4), 30(1) dan 36(1).
s 4Pindaan seksyen 1
Seksyen 1 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Akta ini hendaklah terpakai bagi penghantaran gas—
berhubung dengan—
gas asli cecair, dari bebibir sambungan lengan pemunggahan di terminal penggasan semula;
Bekalan Gas (Pindaan)
gas asli yang diterima dari loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan, dari bebibir penghujung loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan;
gas asli yang diimport ke Malaysia melalui talian paip tidak termasuk talian paip huluan loji pemprosesan gas atau terminal gas daratan, dari sempadan antarabangsa, ke talian paip penghantaran atau pengagihan, atau sistem perpaipan dan ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna; dan
dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Akta ini hendaklah terpakai bagi, berkenaan dengan perkara keselamatan dan teknikal, penghantaran gas kepada pengguna—
dari talian paip pengagihan atau sistem perpaipan ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna; atau
dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana perkakas gas di dalam premis pengguna.”;
dan
dengan memotong subseksyen (4).
Undang-Undang Malaysia 6
Seksyen baharu 1a 4a. (1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 1
seksyen yang berikut:
“Pemakaian bagi Negeri Sarawak 1a. Walau apa pun subseksyen 1(2), Akta ini terpakai bagi
Negeri Sarawak, setelah mendapat kelulusan Yang di-Pertua
Negeri Sarawak terlebih dahulu, pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.”.
Penguatkuasaan Akta ibu disifatkan telah digantung bagi
Negeri Sarawak mulai 17 Julai 1997, dan bagi maksud itu hendaklah dikira seolah-olah suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 1(2) Akta ibu, sehingga suatu tarikh ditetapkan oleh
Menteri di bawah seksyen 1a Akta ibu yang dimasukkan melalui subseksyen 4a(1) Akta ini.
s 5Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “supply of gas”, dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
dengan memasukkan sebelum takrif “bahaya” takrif yang berikut:
‘ “akses pihak ketiga” ertinya akses ke terminal penggasan semula, talian paip penghantaran dan talian paip pengagihan oleh seseorang selain pemunya atau pengendali kemudahan itu bagi maksud penghantaran gas kepada pengguna;’;
dalam takrif “bahaya”, dengan menggantikan perkataan
“pemasangan akibat daripada penghantaran, pengagihan atau penggunaan gas” dengan perkataan “pepasangan akibat daripada pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas”;
Bekalan Gas (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “dengan curang” takrif yang berikut:
‘ “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;’;
dengan menggantikan takrif “gas” dengan takrif yang berikut:
‘ “gas” ertinya gas asli, gas asli cecair atau gas petroleum cecair;’;
dengan memasukkan selepas takrif “gas” takrif yang berikut:
‘ “gas asli” ertinya campuran gas hidrokarbon yang terdiri terutamanya daripada metana;’;
dengan memasukkan selepas takrif “gas asli” takrif yang berikut:
‘ “gas asli cecair” ertinya gas asli dalam keadaan cecair;’;
dengan memasukkan selepas takrif “gas asli cecair” takrif yang berikut:
‘ “gas petroleum cecair” ertinya campuran gas hidrokarbon terutamanya propana dan butana dalam pelbagai kadar dan disimpan dalam bentuk cecair;’;
dengan menggantikan takrif “kawasan bekalan” dengan takrif yang berikut:
‘ “kawasan bekalan” ertinya kawasan yang di dalamnya seseorang dilesenkan untuk menggaskan semula, mengirim, mengangkut, mengagih, meruncit atau menggunakan gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “kawasan bekalan”
takrif yang berikut:
‘ “kelengkapan” termasuklah injap, penapis, meter, pengatur tekanan atau apa-apa item berfungsi lain yang digunakan dalam sistem gas;
Undang-Undang Malaysia 8
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan” takrif yang berikut:
‘ “kemudahan” ertinya—
dalam hal pemegang lesen penggasan semula, sesuatu kemudahan termasuk talian paip dan pepasangan yang berkaitan yang terletak di daratan atau di perairan wilayah Malaysia yang digunakan untuk menerima, menyimpan atau menggaskan semula gas asli cecair yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen penggasan semula dengan kelulusan Suruhanjaya;
dalam hal pemegang lesen pengangkutan, talian paip penghantaran bersama dengan pepasangan yang berkaitan yang digunakan untuk pengangkutan gas yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen pengangkutan dengan kelulusan Suruhanjaya;
dalam hal pemegang lesen pengagihan, talian paip pengagihan bersama dengan pepasangan yang berkaitan yang digunakan untuk pengagihan gas dari bebibir penghujung stesen pintu kota dan yang ditetapkan sedemikian oleh pemegang lesen pengagihan dengan kelulusan Suruhanjaya;’;
dalam takrif “keselamatan”, dengan memasukkan selepas perkataan “harta” perkataan “berkenaan dengan talian paip pengagihan atau sistem perpaipan”;
dengan memasukkan selepas takrif “keselamatan” takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai
Eksekutif Suruhanjaya;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Pegawai
Eksekutif” takrif yang berikut:
‘ “larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah
Bahagian VIa Akta ini;’;
Bekalan Gas (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut:
‘ “loji pemprosesan gas” ertinya suatu kemudahan untuk memproses gas asli bagi memenuhi spesifikasi gas yang akan digunakan dalam atau dihantar melalui sistem penghantaran gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pegawai diberi kuasa”
takrif yang berikut:
‘ “pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran terhadap mana-mana larangan di bawah seksyen 28c atau 28g;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pelanggaran” takrif yang berikut:
‘ “pembawa gas asli cecair” ertinya kapal tangki yang direka untuk mengangkut gas asli cecair;’;
dengan menggantikan takrif “pembekalan gas” dengan takrif yang berikut:
‘ “pembekalan gas” ertinya penghantaran gas ke premis pengguna pemegang lesen peruncitan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen”
takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen gas persendirian” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk menggunakan gas melalui sistem perpaipan—
dari tangki atau silinder penstoran di atas harta atau premisnya sendiri atau di atas harta atau premis pemunya atau penghuni; atau
dari gas yang dihantar melalui talian paip pengagihan, tetapi tidak termasuk seseorang yang mendapat bekalan gas daripada pemegang lesen peruncitan;’;
Undang-Undang Malaysia 10
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen gas persendirian” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen pengagihan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengagihkan gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengagihan” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen pengangkutan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengangkut gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengangkutan” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen penggasan semula” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11
untuk menggaskan semula gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen penggasan semula” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen pengimportan ke terminal penggasan semula” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengimport gas ke terminal penggasan semula;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengimportan ke terminal penggasan semula” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen pengiriman” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk mengirim gas;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen pengiriman” takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen peruncitan” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 11 untuk meruncit gas;’;
Bekalan Gas (Pindaan)
dengan memasukkan selepas takrif “pendaftar” takrif yang berikut:
‘ “pengagihan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengagihan untuk mengendali dan menyenggara talian paip pengagihan bagi menghantar gas melalui talian paip pengagihan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pengagihan” takrif yang berikut:
‘ “pengangkutan” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh pemegang lesen pengangkutan bagi penghantaran gas melalui talian paip penghantaran di bawah suatu perkiraan dengan pemegang lesen pengiriman;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pengangkutan” takrif yang berikut:
‘ “penggasan semula” ertinya aktiviti mengendali dan menyenggara terminal penggasan semula untuk menggaskan semula gas asli cecair kepada gas asli yang dijalankan oleh pemegang lesen penggasan semula di terminal penggasan semula dan termasuklah menerima, menyimpan dan selepas penggasan semula, menghantar gas itu melalui talian paip terminal penggasan semula;’;
dengan menggantikan takrif “pengguna” dengan takrif yang berikut:
‘ “pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh seseorang pemegang lesen dalam penjalanan perniagaan, dan termasuklah pemegang lesen lain yang menggunakan gas, kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan itu sebagai input kepada perniagaannya sendiri termasuklah sebagai pemegang lesen pengiriman, peruncitan atau gas persendirian, seseorang pengguna yang premisnya menerima gas melalui talian paip penghantaran atau pengagihan atau seseorang pengguna pemegang lesen peruncitan;’;
Undang-Undang Malaysia 12
dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut:
‘ “penggunaan gas” ertinya aktiviti menggunakan gas sebagai pemegang lesen gas persendirian;’;
dengan memasukkan selepas takrif “penggunaan gas”
takrif yang berikut:
‘ “pengimportan ke terminal penggasan semula”
ertinya aktiviti membawa atau menyebabkan supaya dibawa gas asli cecair ke dalam atau di dalam Malaysia dengan apa-apa cara selain melalui pindah kapal;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pengimportan ke terminal penggasan semula” takrif yang berikut:
‘ “pengiriman” ertinya aktiviti pemegang lesen pengiriman yang membuat suatu perkiraan dengan pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan untuk memproses dan menghantar gas melalui terminal penggasan semula, talian paip penghantaran atau talian paip pengagihan ke premis pengguna;’;
dengan menggantikan takrif “pepasangan” dengan takrif yang berikut:
‘ “pepasangan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang terlibat dalam penggasan semula, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas termasuk kelengkapan, perkakas, pam, pengewap, pemampat, apa-apa perlengkapan yang dipasang pada talian paip atau sistem perpaipan dan apa-apa pemasangan lain;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pepasangan” takrif yang berikut:
‘ “perkakas gas” ertinya perkakas yang direka bentuk bagi penggunaan atau untuk digunakan oleh pengguna gas bagi pemanasan, pembakaran, kuasa penggerak atau maksud lain yang baginya gas boleh digunakan dan termasuklah pengatur perkakas gas;
Bekalan Gas (Pindaan)
13
dengan memasukkan selepas takrif “perkakas gas” takrif yang berikut:
‘ “peruncitan” ertinya aktiviti penjualan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan pemegang lesen peruncitan ke premis pengguna yang mana gas sama ada—
diterima dari suatu tangki atau silinder penstoran di atas harta atau premis pemegang lesen peruncitan itu sendiri atau di atas harta atau premis pemunya atau penghuni; atau
diterima melalui talian paip pengagihan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “peruncitan” takrif yang berikut:
‘ “pindah kapal”, berhubung dengan gas asli cecair, ertinya untuk membawa atau menyebabkan supaya dibawa atau disimpan gas asli cecair di terminal penggasan semula di Malaysia melalui apa-apa cara semata-mata bagi maksud membawa ia keluar dari Malaysia melalui apa-apa cara kecuali melalui talian paip;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pindah kapal” takrif yang berikut:
‘ “sistem penghantaran gas” ertinya penghantaran gas secara fizikal dari bebibir sambungan lengan pemunggahan di terminal penggasan semula atau bebibir penghujung loji pemprosesan gas atau bebibir penghujung terminal gas daratan ke talian paip penghantaran, talian paip pengagihan dan sistem perpaipan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “sistem penghantaran gas” takrif yang berikut:
‘ “sistem perpaipan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal termasuk pepasangan, yang melaluinya gas bergerak, dari bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran yang bersambung ke talian paip pengagihan atau dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran bagi maksud penyeliratan atau penghantaran berkenaan dengan
Undang-Undang Malaysia 14
peruncitan atau penggunaan gas melalui sistem perpaipan ke apa-apa perkakas gas di dalam mana-mana premis;’;
dengan memasukkan selepas takrif “Suruhanjaya” takrif yang berikut:
‘ “stesen pintu kota” ertinya suatu stesen yang mempunyai peranti pengukuran dan pengaturan tekanan gas yang mana gas diterima terus daripada talian paip penghantaran dan kemudiannya dihantar melalui talian paip pengagihan bagi penghantaran gas kepada pengguna;’;
dalam takrif “talian paip”, dengan menggantikan perkataan
“yang melaluinya gas bergerak semasa diangkut” dengan perkataan “termasuk pepasangan, yang melaluinya gas bergerak bagi maksud penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan gas”;
dengan memasukkan selepas takrif “talian paip” takrif yang berikut:
‘ “talian paip pengagihan” ertinya bahagian talian paip gas termasuk pepasangan yang bersambung di hiliran bebibir penghujung stesen pintu kota hingga ke bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran di premis pengguna atau pemegang lesen peruncitan;’;
dengan memasukkan selepas takrif “talian paip pengagihan”
takrif yang berikut:
‘ “talian paip penghantaran” termasuklah pepasangan dan talian paip yang mengangkut gas sama ada dari—
bebibir penghujung loji pemprosesan gas;
bebibir penghujung terminal gas daratan;
titik sambungan terminal penggasan semula; atau
sempadan antarabangsa, ke bebibir penghujung stesen pintu kota atau bebibir penghujung stesen pengatur atau pemeteran;’;
Bekalan Gas (Pindaan)
15
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam takrif “tanah rizab”, dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah;
dengan memasukkan selepas takrif “tanah rizab” takrif yang berikut:
‘ “terminal gas daratan” ertinya kemudahan untuk menerima gas asli dari luar pesisir pantai dan dihantar ke talian paip penghantaran; dan
dengan memasukkan selepas takrif “terminal gas daratan”
takrif yang berikut:
‘ “terminal penggasan semula” ertinya kemudahan yang terletak di daratan atau di perairan Malaysia yang digunakan untuk menggaskan semula atau menyimpan gas asli cecair yang diterima daripada pembawa gas asli cecair.’.
s 6Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
s 4“Fungsi dan tugas
Suruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi dan tugas seperti yang berikut:
untuk memastikan bahawa pemegang lesen yang diberi kuasa oleh atau di bawah Akta ini mengimport ke terminal penggasan semula, mengirim atau meruncit gas melalui talian paip memenuhi segala permintaan yang munasabah bagi gas;
untuk memastikan bahawa pemegang lesen penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan memenuhi kesemua permintaan yang munasabah untuk akses ke kemudahan;
Undang-Undang Malaysia 16
tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a) dan (b), untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman atau peruncitan atau pemberian perkhidmatan kemudahan penggasan semula, pengangkutan atau pengagihan gas itu;
untuk melindungi kepentingan pengguna gas yang dibekalkan melalui talian paip berkenaan dengan—
terma pembekalan dan penggunaan kemudahan;
keberterusan bekalan; dan
kualiti gas, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan;
untuk membangun dan mengeluarkan kod, garis panduan dan arahan berkenaan dengan perkara-perkara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini;
untuk mengawal selia kualiti gas yang dihantar dalam sistem penghantaran gas dan tekanan gas yang dihantar melalui talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;
untuk meningkatkan kecekapan dan ekonomi pemegang lesen atau orang lain untuk mengimport ke terminal penggasan semula, menggunakan terminal penggasan semula, menggaskan semula, mengirim, mengangkut, mengagih, meruncit atau untuk menggunakan gas;
untuk memastikan bahawa orang awam dilindungi daripada bahaya yang timbul daripada pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas;
untuk membolehkan pemegang lesen atau orang lain bersaing secara efektif dalam pengimportan ke terminal penggasan semula, penggunaan terminal penggasan semula, pengiriman atau peruncitan gas;
Bekalan Gas (Pindaan)
untuk menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan mana-mana talian paip pengagihan atau sistem perpaipan;
untuk memeriksa atau menyebabkan supaya diperiksa apa-apa pepasangan, talian paip atau sistem perpaipan;
untuk menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan audit ke atas pemegang lesen, institusi, pengilang atau pengimport, kontraktor gas atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; dan
untuk menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang didapati oleh Suruhanjaya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Fungsi dan tugas Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa dijalankan oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik dengan sewajarnya secara bertulis oleh Suruhanjaya bagi maksud sedemikian.”.
s 7Penggantian seksyen 4a
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4a dengan seksyen yang berikut:
“Pegawai diberi kuasa 4a. (1) Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Mana-mana pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, menunjukkan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan, kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.”.
Undang-Undang Malaysia 18
s 8Pindaan seksyen 5
Subseksyen 5(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “lain” perkataan “termasuklah penyiasatan apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta ini.”.
s 9Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
s 6“Kuasa untuk menyiasat
Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan apabila adanya sebab untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan atau pelanggaran terhadap mana-mana larangan telah atau sedang dilakukan berhubung dengan Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiarinya atau mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dengan apa jua pangkat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593] berhubung dengan penyiasatan polis, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukanlah pengurangan baginya.
Dalam hal suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiarinya atau mana-mana kod, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta memberi kesemua maklumat yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan.
Dalam hal suatu pelanggaran terhadap mana-mana larangan di bawah Akta ini, apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan serta-merta memberi kesemua maklumat yang berhubungan dengan pelanggaran mana-mana larangan itu kepada Suruhanjaya bagi maksud seksyen 28l dan 28o.”.
Bekalan Gas (Pindaan)
s 10Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Jika” dengan perkataan “Dalam hal suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini, jika”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Dalam hal suatu pelanggaran terhadap mana-mana larangan di bawah Akta ini, jika mana-mana orang itu gagal untuk hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan kegagalan itu kepada Suruhanjaya untuk tindakan selanjutnya di bawah seksyen 28l dan 28o.”.
s 11Penggantian seksyen 11
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
s 11“Aktiviti untuk dilesenkan
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti—
pengimportan ke terminal penggasan semula;
penggasan semula gas;
pengiriman gas;
pengangkutan gas;
pengagihan gas;
peruncitan gas; atau
penggunaan gas, melainkan orang itu dilesenkan di bawah Akta ini.”.
Undang-Undang Malaysia 20
s 12Seksyen baharu 11a, 11b dan 11c
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11
seksyen yang berikut:
“Permohonan bagi pemberian lesen 11a. (1) Seseorang boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan suatu lesen bagi aktiviti yang disebut dalam seksyen 11 tertakluk kepada apa-apa fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya butir-butir yang berikut:
dalam hal suatu lesen bagi pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas:
kawasan pembekalan;
pelan lokasi tapak yang menunjukkan lokasi yang dicadangkan bagi premis yang hendak dipasang dengan talian paip dan kawasan sekitarnya;
susun atur perpaipan yang menunjukkan butir-butir laluan talian paip termasuk lokasi apa-apa tangki atau silinder penstoran, sempadan tapak, dinding pesongan dan punca pencucuhan yang terdekat;
spesifikasi teknikal talian paip atau sistem perpaipan;
pemerakuan bagi talian paip atau sistem perpaipan; dan
apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh
Suruhanjaya; dan
dalam hal suatu lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, penggasan semula, pengiriman gas atau pengangkutan gas, apa-apa butiran yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
Semua orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen di bawah Akta ini hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang ditetapkan oleh kod atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya bagi maksud membuat permohonan itu.
Bekalan Gas (Pindaan)
21
Pemberian lesen 11b. (1) Suruhanjaya boleh memberikan—
suatu lesen bagi penggasan semula atau pengagihan gas, dengan kelulusan Menteri; atau
suatu lesen bagi pengangkutan gas, kepada seseorang yang ditetapkan oleh Menteri; atau
suatu lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, pengiriman, peruncitan atau penggunaan gas, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat dengan mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 dan apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan yang dikenakan oleh Suruhanjaya.
Suatu lesen tidak boleh diberikan kepada mana-mana orang—
jika pemberian lesen itu boleh, pada pendapat
Suruhanjaya, menimbulkan konflik kepentingan dalam pelaksanaan apa-apa tugas yang dikenakan ke atas orang itu di bawah Akta ini atau apa-apa lesen lain yang diberikan kepadanya di bawah seksyen ini; atau
yang tidak diperbadankan di Malaysia atau tidak mempunyai tempat perniagaan di Malaysia, kecuali lesen bagi pengimportan ke terminal penggasan semula.
Bagi maksud pemberian lesen di bawah seksyen ini, Suruhanjaya boleh memberikan lebih daripada satu lesen kepada mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh
Suruhanjaya.
Tiada lesen boleh dipindahmilikkan, diserahhakkan, disubserahhakkan atau selainnya dilupuskan melainkan jika keizinan bertulis Menteri atau Suruhanjaya telah diperoleh.
Tempoh lesen bolehlah sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dalam setiap kes.
Undang-Undang Malaysia 22
Apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh meliputi penentuan kawasan aktiviti yang dilesenkan oleh Suruhanjaya.
Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa di atas, di bawah atau melalui tanah Kerajaan, setakat dan mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen itu, apa-apa talian paip dan sistem perpaipan dan untuk membina dan menyenggara di dalam atau di atas tanah Kerajaan apa-apa kelengkapan lain yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan tertakluk sentiasa kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kebenaran tersebut boleh diberikan atau ditambah pada bila-bila masa dalam tempoh sah lesen itu.
Kuasa untuk mengenakan terma atau syarat tambahan 11c. Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa—
mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas sesuatu lesen, termasuklah lesen sedia ada; atau
meminda apa-apa terma atau syarat yang sebelum ini dikenakan ke atas mana-mana lesen, mengikut tatacara yang boleh ditetapkan.”.
s 13Pindaan seksyen 12
Seksyen 12 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “kepadanya” perkataan “atau atas apa-apa alasan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya sebagai perlu atau suai manfaat”;
dalam subseksyen (6)—
dalam perenggan (b)—
dengan menggantikan perkataan
“mengambil alih talian paip dan” dengan perkataan “mengambil alih talian paip atau”; dan
Bekalan Gas (Pindaan)
dengan menggantikan perkataan
“membekalkan gas” dengan perkataan
“penghantaran gas”; dan
dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “membekalkan gas” dengan perkataan
“penghantaran gas”; dan
dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan
“pembekalan gas melalui mana-mana talian paip atau pepasangan” dengan perkataan “sistem penghantaran gas”.
s 14Penggantian seksyen 13
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut: