Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Kuasa-Kuasa Lain Pendaftar
26. Jaminan kos
Feedback & supportPendaftar boleh menghendaki mana-mana orang yang memberikan notis bangkangan di bawah seksyen 14, atau seseorang yang memberikan jawapan kepada notis bangkangan di bawah seksyen 15, dan tidak bermastautin atau menjalankan perniagaan di Malaysia supaya memberikan jaminan kos bagi prosiding di hadapan Pendaftar berhubung dengan bangkangan atau permohonan itu.
Pendaftar boleh menganggap bangkangan atau permohonan itu tidak lagi mahu diteruskan jika jaminan kos sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak dibayar.
Jaminan kos hendaklah boleh dibayar balik atau dianggap sebagai sebahagian daripada bayaran kos prosiding itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.