Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Petunjuk Geografi
11. Orang yang boleh memohon untuk mendapatkan pendaftaran
Feedback & supportOrang yang berikut adalah berhak untuk memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi:
seseorang yang menjalankan suatu aktiviti sebagai pengeluar dalam kawasan geografi yang dinyatakan dalam permohonan itu berkenaan dengan barang yang dinyatakan dalam permohonan itu, dan termasuklah suatu kumpulan atau kumpulan-kumpulan orang sedemikian;
suatu pihak berkuasa yang berwibawa; atau
suatu organisasi atau persatuan perdagangan.
Seseorang pemohon boleh memfailkan permohonan untuk mendaftarkan sesuatu petunjuk geografi secara sendiri atau melalui seorang ejen.
Walau apa pun subseksyen (1A), jika pemohon tidak bermastautin atau tidak menjalankan perniagaan di Malaysia, dia hendaklah melantik seseorang ejen untuk bertindak bagi pihaknya.