Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Peruntukan Khas

28. Kecualian kerana penggunaan terdahulu

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang penggunaan terus menerus dan yang serupa dengannya di Malaysia sesuatu petunjuk geografi tertentu suatu negara lain yang mengenal pasti wain atau spirit berkaitan dengan barang atau perkhidmatan oleh mana-mana rakyat atau domisiliari Malaysia yang telah menggunakan petunjuk geografi itu secara terus menerus berkenaan dengan barang atau perkhidmatan yang sama atau berkaitan di

Malaysia sama ada—

(a)

selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun sebelum 15

April 1994; atau

(b)

dengan suci hati sebelum 15 April 1994.

(2)

Jika sesuatu cap dagangan telah dipohon atau didaftarkan dengan suci hati, atau jika hak kepada sesuatu cap dagangan telah diperoleh melalui penggunaan secara suci hati sama ada—

(a)

sebelum Akta ini mula berkuat kuasa; atau

(b)

sebelum petunjuk geografi itu dilindungi di negara asalnya, maka Akta ini tidak boleh menjejaskan kebolehdaftaran atau kesahan pendaftaran cap dagangan itu, atau hak untuk menggunakan cap dagangan itu, atas dasar bahawa cap dagangan sedemikian adalah sama atau serupa dengan suatu petunjuk geografi.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi mana-mana negara mengenai barang atau perkhidmatan yang baginya petunjuk yang berkaitan adalah sama dengan istilah yang lazim digunakan dalam bahasa umum sebagai nama biasa bagi barang atau perkhidmatan sedemikian di Malaysia atau berkenaan dengan sesuatu petunjuk geografi mana-mana negara lain mengenai hasil pokok anggur yang baginya petunjuk yang berkaitan itu adalah sama dengan nama biasa sesuatu jenis anggur yang wujud di Malaysia mulai 1 Januari 1995.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules