Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VII · Pelbagai
32. Peraturan-peraturan
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:
mengawal selia tatacara yang hendak diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan
Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat di bawah
Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;
menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau
Pejabat Petunjuk Geografi Pusat, dan menetapkan jumlah fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam hal keadaan tertentu bagi kes tertentu yang ditetapkan;
menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;
22
Undang-Undang Malaysia
mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan bentuk dan kandungannya; dan menetapkan syarat dan fi bagi membuat cabutan daripada Daftar;
mengawal selia cara pemberian keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi-saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen;
melakukan apa-apa yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Petunjuk Geografi Pusat;
menetapkan had masa;
menetapkan kelayakan ejen dan perkara lain yang berhubung dengan kelayakan itu;
mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ejen; dan
mengawal selia secara umum perkara-perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran petunjuk geografi yang dijalankan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat sama ada atau tidak ditetapkan secara khusus di bawah Akta ini.
Petunjuk Geografi 23