Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Pelindungan Petunjuk Geografi
5. Pemulaan prosiding untuk mendapatkan injunksi dan ganti rugi
Feedback & supportMana-mana orang yang berkepentingan boleh memulakan prosiding di Mahkamah untuk menghalang, berkenaan dengan petunjuk geografi—
penggunaan dalam perjalanan perdagangan apa-apa cara mengenai nama atau penyampaian apa-apa barang yang menunjukkan atau yang memberikan maksud, mengikut cara yang mengelirukan orang ramai tentang asal geografi barang itu, bahawa barang yang berkenaan berasal dari kawasan geografi yang lain daripada tempat asal sebenar barang itu;
8
Undang-Undang Malaysia
apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan yang menjadi suatu tindakan persaingan tidak saksama mengikut pengertian Perkara 10bis Konvensyen Paris sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;
apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang, walaupun secara harfiahnya adalah benar tentang negara, wilayah, kawasan atau tempat yang darinya barang itu berasal, memberikan gambaran yang palsu kepada orang ramai bahawa barang itu berasal dari negara, wilayah, kawasan atau tempat lain; atau
apa-apa penggunaan dalam perjalanan perdagangan sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti wain bagi wain yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan atau sesuatu petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit bagi spirit yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan, walaupun asal sebenar wain atau spirit itu ditunjukkan atau petunjuk geografi itu digunakan dalam bentuk terjemahan atau disertakan dengan ungkapan seperti
“jenis”, “macam”, “gaya” atau “tiruan”.
Mahkamah boleh memberikan injunksi untuk menghalang apa-apa penggunaan secara tidak sah petunjuk geografi itu dan mengawardkan apa-apa ganti rugi dan apa-apa remedi atau relief lain di sisi undang-undang sebagaimana yang difikirkannya patut.