Akta Petunjuk Geografi 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pentadbiran
9. Pejabat petunjuk geografi
Feedback & support(1)
Suatu Pejabat Petunjuk Geografi Pusat dan apa-apa bilangan pejabat cawangan bagi Pejabat Petunjuk Geografi Pusat yang diperlukan bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan.
(2)
Apa-apa permohonan atau dokumen lain yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat boleh difailkan di mana-mana pejabat cawangan Pejabat Petunjuk Geografi
Pusat dan permohonan atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah difailkan di Pejabat Petunjuk Geografi Pusat.