Seksyen 6
Penggunaan lencana, dll., tanpa kebenaran
of Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947
Mana-mana orang yang berkaitan dengan apa-apa rayuan kepada orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai untuk yuran atau sumbangan wang atau harta lain—
(a)
mempamerkan atau menggunakan lencana yang ditetapkan atau perakuan kuasa yang ditetapkan, selain lencana atau perakuan yang dia diberi kuasa, di bawah atau menurut mana-mana peraturan, yang dibuat di bawah Akta ini, supaya dipamerkan atau digunakan, atau
(b)
mempamerkan atau menggunakan apa-apa lencana, tanda, lambang, perakuan atau dokumen lain, yang dimaksudkan, dikira atau mungkin menyebabkan mana-mana orang mempercayai bahawa orang yang mempamerkan atau
Undang-Undang Malaysia 12
menggunakannya ialah pemungut yang diberi kuasa bagi maksud pungutan berlesen sedangkan yang demikian bukan hal yang sebenarnya, melakukan suatu kesalahan.
(2)
Mana-mana orang yang, dalam memberikan apa-apa maklumat bagi maksud Akta ini atau maksud apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan yang palsu mengenai apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan.