Seksyen 8
Penalti
of Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap
Akta ini yang baginya tiada penalti khas diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau didenda dan dipenjarakan kedua-duanya.
(2)
Jika apa-apa kesalahan terhadap Akta ini dilakukan oleh mana-mana perbadanan, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang, tiap-tiap orang yang dipertanggungjawabkan dengan, atau kena mengena dengan atau bertindak dalam, mengawal atau menguruskan hal ehwal atau aktiviti perbadanan, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum dengan sewajarnya melainkan jika dibuktikan oleh mana-mana orang itu bahawa, bukan dengan apa-apa pengabaian atau peninggalan pada pihaknya, dia tidak sedar bahawa kesalahan itu sedang atau hampir dilakukan atau bahawa dia telah mengambi1
segala langkah yang munasabah untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan.
Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 13