Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian V

21. Laporan tahunan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya hendaklah tidak terkemudian daripada mesyuarat pertama

Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan suatu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai segala aktivitinya di sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu.

(2)

Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai segala perkara yang dirujuk kepada Suruhanjaya, dan tindakan yang diambil berkenaan dengannya berserta syor Suruhanjaya berkenaan dengan setiap perkara itu.

(3)

Suruhanjaya boleh, bila mana dianggapnya perlu berbuat demikian, mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu yang dirujuk kepadanya dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu.

Report