Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian III · Kuasa Siasatan Suruhanjaya

12. Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu.

(2)

Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang—

(a)

merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau

(b)

telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah.

(3)

Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12(1) dan sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 597

Report

Bahagian IV

Kakitangan Suruhanjaya

Bahagian V