Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan

18. Kuasa Perbadanan

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menggunakan segala harta Perbadanan, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh Perbadanan;

20

Undang-Undang Malaysia

(b)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;

(c)

untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang didapatinya patut untuk membantu Perbadanan dalam menjalankan fungsinya;

(d)

untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

(e)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Perbadanan;

(f)

untuk melantik dan mengawal selia Pemeriksa di bawah

Akta Paten 1983 [Akta 291]; dan

(g)

untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

(3)

Perbadanan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasanya di bawah Perundangan Harta Intelek.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa

Perbadanan tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah di bawah

Perundangan Harta Intelek.

Report

Bahagian IV

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules