Skip to content

Seksyen 21

of Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002

ActIn forceProvision 21 of 41

Seksyen 21

(1)

Perbadanan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan

Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan.

(2)

Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

(3)

Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja

Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).

(4)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 23