Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2020Read it in English

Bahagian VI

39. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pekerja atau ejen Perbadanan, sama ada dalam tempoh jawatannya atau tempoh penggajiannya atau selepas itu, dan tiada orang lain yang mempunyai akses dengan apa-apa jua cara kepada apa-apa maklumat atau dokumen terkelas yang berhubungan dengan hal ehwal Perbadanan boleh memberikan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report