Act of Parliament · Updated to 1 Nov 2012
Akta Kepentingan Antarabangsa Mengenai Kelengkapan Bergerak (Pesawat Udara) 2006
Feedback & supportApplying the treaty on international interests in aircraft equipmentOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak (Pesawat Udara) 2006.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian Konvensyen tentang Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak dan Protokol kepada
Konvensyen tentang Kepentingan Antarabangsa mengenai
Kelengkapan Bergerak tentang Perkara-Perkara Khusus pada
Tertakluk kepada subseksyen (2), Konvensyen tentang
Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Protokol kepada Konvensyen tentang Kepentingan Antarabangsa mengenai
Kelengkapan Bergerak tentang Perkara-Perkara Khusus pada
Kelengkapan Pesawat Udara sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia dan bagi maksud itu ditafsirkan mengikut peruntukan
Akta ini.
Walau apa pun Perkara 2 Konvensyen tentang Kepentingan
Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak, Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan objek pesawat udara sahaja.
s 3Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“Konvensyen Cape Town” ertinya Konvensyen tentang Kepentingan
Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penerbangan awam;
“objek pesawat udara” ertinya apa-apa kerangka pesawat udara, enjin pesawat udara dan helikopter sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perkara I(2) Protokol Pesawat Udara;
“Protokol Pesawat Udara” ertinya Protokol kepada Konvensyen tentang Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak tentang Perkara-Perkara Khusus pada Kelengkapan Pesawat
Udara.
Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan
Bergerak (Pesawat Udara)
s 5Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik, secara amnya mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pelaksanaan Konvensyen Cape Town dan Protokol Pesawat
Udara dan apa-apa pindaan terhadap Konvensyen dan Protokol itu.
s 6Ketidakpakaian Akta lain
Subseksyen 108(3) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] tidak terpakai bagi gadaian ke atas mana-mana objek pesawat udara yang tergolong dalam ruang lingkup Konvensyen Cape Town dan
Protokol Pesawat Udara.
Subseksyen 4(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67]
tidak terpakai bagi mana-mana penyerahhakan yang tergolong dalam ruang lingkup Konvensyen Cape Town dan Protokol
Pesawat Udara.
s 7Undang-undang yang dipakai
Tertakluk kepada seksyen 6, peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pembiayaan dan pemajakan objek pesawat udara, pewujudan kepentingan antarabangsa mengenai objek pesawat udara dan pendaftarannya.
8
Undang-Undang Malaysia
Walau apa pun subseksyen (1), setakat yang apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan perkara yang tertakluk kepada Konvensyen
Cape Town dan Protokol Pesawat Udara, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai dan peruntukan yang bercanggah atau yang tidak selaras dalam mana-mana undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat yang percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.