Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English
Contents

3. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“Konvensyen Cape Town” ertinya Konvensyen tentang Kepentingan

Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penerbangan awam;

“objek pesawat udara” ertinya apa-apa kerangka pesawat udara, enjin pesawat udara dan helikopter sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perkara I(2) Protokol Pesawat Udara;

“Protokol Pesawat Udara” ertinya Protokol kepada Konvensyen tentang Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan Bergerak tentang Perkara-Perkara Khusus pada Kelengkapan Pesawat

Udara.

Kepentingan Antarabangsa mengenai Kelengkapan

Bergerak (Pesawat Udara)

Report