Seksyen 14
Pembiakbakaan atau pembiakan spesies terjadual
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Mana-mana orang yang menghasilkan haiwan dibiakbakakan dalam kurungan atau tumbuhan atau haiwan yang dibiakkan secara buatan daripada apa-apa spesies terjadual bagi maksud perdagangan komersial tanpa didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.
(2)
Mana-mana orang yang —
(a)
mempunyai dalam miliknya atau kawalannya;
(b)
menjual, menawarkan atau mendedahkan atau mengiklankan bagi jualan; atau
(c)
mempamerkan kepada awam, mana-mana spesies terjadual yang telah dihasilkan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —
(aa) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada
Perdagangan Antarabangsa mengenai 21
Spesies Terancam agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.
Kuasa untuk menghendaki spesies terjadual untuk ditandakan, dsb.