Skip to content

Seksyen 10

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 10 of 55

Seksyen 10

Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport mana-mana spesies terjadual tanpa permit melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi satu juta ringgit pada agregatnya, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit bagi setiap haiwan, tumbuhan, atau bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan, spesies terjadual itu tetapi denda itu tidak boleh melebihi dua juta ringgit pada agregatnya.