Seksyen 2
Akta hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang lain
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
ActIn forceProvision 2 of 55
Seksyen 2
(1)
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan import dan eksport, pemuliharaan tumbuhan, hutan dan haiwan dan perdagangan mengenai spesies terjadual, dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
(2)
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara peruntukan
Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain yang disebut dalam subseksyen (1), peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
Tafsiran